Blogger Templates
Foto Saya
Eyla Gurlz
MASAI, JOHOR BHARU, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
~ aBoUt mE ~
bout me? my name...scret..=) juz call me "eyla"..evrythg bout me,1stly im juz a very simple person..manja,dan suke mencari ramai teman sejati..senang bila di manja dan di belai oleh insan2 t'syg..Seorang wanita yang telah berkahwin dengan sorg jejaka idaman hati yg benar2 telah berjaya m'curi hati ini & mempunyai seorang anak lelaki yg lasak & comey sgt,itu lah ADAM..Kehidupan ku mcm org lain,biase jerk ingin kan ketenangan & kebahagiaan selama nya di samping org2 yg eyla sayang..oweys try 2 b da bez n oweys try 2 make every1 around me epy..oweys try 2 mke da person dat i luv oweys smile..xpecialy my beshfwen,my fmily n of coz my luv..erm..honestly..i luv u all so much!!wish me happy k..=) and 1 more thing.. let's join my bisnes.. pd spe2 yg b'minat sila layari link ni n daftar.. ikut arahan yg di berikan.. k =) https://www.infinitydownline.com/?id=EylaGurlz ]
*Thx Coz Sudi Bace Blog Saya (^_^)..

Jumaat, 14 Januari 2011

Kisah Neraka Jahannam

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada 
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. 

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahaw setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa. 

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan 
kami, selamatkanlah." 

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 
70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." 

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka 
nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam. 

Wallahualam....


~"Sharing is caring (*_^)"~

0 kOmEn uDaK cUtE:

get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...